Nasional

Raja Muda Perlis sertai kayuhan sempena ulang tahun askar wataniah

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian dalam acara ‘Kayuhan Berbasikal Sempena Hari Ulangtahun Askar Wataniah ke-64’ dan disusuli dengan ‘Majlis Raikan Syawal 1443 Hijrah’ anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia yang bermula dan berakhir di perkarangan Kolam To’ Uban, Kem Bukit Keteri.

Menurut Timbalan Komander rejimen tersebut, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, ‘Keberangkatan baginda merangkap Tuanku Komander menunjukkan sokongan dan keprihatinan terhadap program anjuran Rejimen ini dan memberi suntikan semangat kepada seluruh warganya’.

Turut serta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Panglima Briged ke Enam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib Hj Yusof, Pegawai Kewangan Negeri Selaku Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri, Haji Zepri Saad, barisan ahli JAKPAW, para Perwira, Bintara serta Satria Rejimen 504 Askar Wataniah.

Menurut Mohamad Zaidi, program ini diadakan bersempena hari Ulang tahun Askar Wataniah ke 64 yang disambut pada 1 Jun setiap tahun. Pada usia ini, organisasi ampuh ini makin matang dalam menjana idea dan langkah dalam bertransformasi ke arah pendigitalan dan pembaharuan seiring dengan masa kini.

Terang beliau, ‘Penubuhan Askar Wataniah sejak tahun 1958 dengan keringat dan air mata pejuang tanah air serta buah fikiran Kerabat DiRaja, menunjukkan hasil yang memberansangkan sehingga kini. Bermula dengan Penang Volunteers yang terdiri orang ramai yang tidak terlatih, kini Askar Wataniah mempunyai hampir 43 ribu orang sukarela di seluruh negara Malaysia.


Program berkenaan disekalikan dengan aktiviti MAIPs Peduli yang mana tiga asnaf terpilih terdiri daripada Sapayah Yaakub, Kasim Md Nah dan Bon @ Timah Man disantuni serta disampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di rumah masing-masing.

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button