Ustaz ini tegur isu gimik mengunakan telekung untuk promosi filem
Seorang pendakwa iaitu Ustaz Muhammad Fauzi Jaafar tampil menegur pihak pawagam tempatan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan filem seram iaitu Sijjin.
Tindakan promosi filem tersebut secara tidak langsung menyentuh sensitiviti agama Islam, membabitkan beberapa orang individidu memakai telekung putih pada hari tayangan perdana yang dipercayai untuk menakut-nakutkan penonton yang hadir.
‘’Poster itu ada gambar orang tengah kena rasuk. Kemudian dia diselubungi dengan kain dan dekat kain itu dengan jelas ada tulis ayat Al-Quran walaupun tidak ditulis dengan sempurna.
‘’Saya tertanya-tanya juga bagaimana pihak pawagam menguruskan poster-poster tersebut. Macam mana mereka menyelesaikan sebab itu adalah ayat Al-Quran yang sebenarnya tidak boleh ditulis pada poster tersebut.
Melainkan poster itu untuk program-program keagamaan maka bolehlah.
‘’Tapi kalau ada orang bergambar dengan poster itu, tidak menutup aurat dan sebagainya..ia adalah satu perkara yang sangat pelik bagi kita.
Artikle Berkaitan :>
Pengarah filem ini berani mengarah bahasa kantonis ke layar Perak
Naratif Filem ‘Ada Hantu’ Bosan, Tiba-Tiba Kelakar Dan Berpenghujung Dengan Sedikit Misteri