BeritaNasional

Upah ‘shoot to kill’ RM300? BR1M lagi banyak – Najib

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M) lebih banyak.

Itu tanggapan yang diluahkan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap akuan berkanun (SD) daripada Azilah Hadri.

SD dibuat oleh bekas Cif Inspektor itu yang mendakwa menerima arahan daripada Najib pada 2006 yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya membunuh model dan jurubahasa Altantuya Shariibuu.

Sindir Najib, jumlah BR1M kepada keluarga dan bujang lebih besar berbanding upah yang diterima oleh Azilah untuk melaksanakan tugas ‘shoot to kill’.

“Saya disyaki membayar duit raya RM300 untuk membunuh dan meletupkan mangsa?

“BR1M keluarga sudah RM2,000. BR1M bujang pun RM600,” dakwa beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Suara Merdeka berhubung kenyataan dikeluarkan oleh peguam Samsher Singh Thind yang menyifatkan SD Azilah sebagai tidak masuk akal.

[ARTIKEL] Cerita Azilah tak masuk akal – Peguam – http://bit.ly/2rFtmvD

Menurut Shamser, sebagai anggota polis mereka tertakluk di bawah Akta Polis 1967 dan hanya menerima arahan daripada pegawai tertinggi polis.

“Oleh itu, seorang pegawai polis hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya, dan pegawai atasan polis tertinggi adalah IGP (Ketua Polis Negara). Harus diingati, Najib ketika itu hanyalah TPM (Timbalan Perdana Menteri), bukan PM (Perdana Menteri) atau Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Cerita Cif Inspektor tak masuk akal! Arahan melupuskan musuh takkan boleh diberi oleh TPM? Azilah tak check dengan pegawai atasan diakah? Tanya Shamsher. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button