NasionalpilihanPolitik

“Untung orang Putrajaya, Radzi Jidin rajin ke surau waktu Subuh,” – Netizen

Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Dr. Radzi Jidin yang akan bertanding di Parlimen Putrajaya tidak kekok memasukkan elemen solat Subuh berjemaah bersama komuniti dalam jadual kempennya.

Antara lokasi-lokasi surau atau masjid yang dikunjungi Radzi Jidin sepanjang kempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah seperti berikut:

17 November – Surau Ar-Rayyan PPAM Larai di Presint 6

“Alhamdulillah.. pagi ini dapat berjemaah di Surau Ar-Rayyan PPAM Larai di Presint 6. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2018, di sinilah rumah pertama tempat saya tinggal di Putrajaya. Fuh, menggamit memori betul bila dapat bersama-sama sahabat di sini tadi. Ada sahabat-sahabat FB yang duduk di Larai tak?” – Petikan tulisan Radzi Jidin menerusi Facebook rasminya.

16 November – Surau Az-Zakirin, Presint 11

“Pagi tadi dapat menunaikan solat subuh berjemaah di Surau Az-Zakirin, Presint 11. Ramai sahabat-sahabat mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang di hari-hari terakhir ini. Terima kasih sahabat! Saya akan buat yang terbaik untuk Putrajaya. InsyaAllah.” – Petikan tulisan Radzi Jidin menerusi Facebook rasminya.

12 November 2022 – Suaru Presint 9, Fasa 11

“Alhamdulillah pagi ini dapat berjemaah Subuh bersama sahabat-sahabat di Presint 9, Fasa 11. Surau dan masjid di Putrajaya ini sememangnya antara tempat pilihan untuk melakukan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
Antara tawaran saya untuk Putrajaya adalah memperuntukkan dana khas sebanyak RM20,000 untuk setiap surau di bawah #SurauKita. Ini adalah bagi membantu surau-surau ini melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian di surau masing-masing agar lebih meriah dan menarik minat penduduk setempat, termasuk anak muda untuk turut serta. InsyaAllah. Untuk dapatkan tawaran lengkap untuk #EraBaharuPutrajaya, boleh layari pautan ini https://erabaharuputrajaya.com/tawaran-drj” – Petikan tulisan Radzi Jidin menerusi Facebook rasminya.

8 November – Surau Ittifiqiyah, Presint 8

“Semalam di Presint 11, pagi ini berjemaah di Surau Ittifiqiyah, Presint 8. Alhamdulillah, dapat mendengar beberapa cadangan dan pandangan dari ahli surau tentang harapan mereka untuk Putrajaya. Bersama kita cipta sejarah dan bawa #EraBaharuPutrajaya” – Petikan tulisan Radzi Jidin menerusi Facebook rasminya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button