Politik

PN ada calon Menteri Besar Perak jika bentuk kerajaan

IPOH 17 Nov. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu calon Menteri Besar tidak timbul kerana parti itu mempunyai beberapa nama yang layak dicalonkan.

Katanya, PN juga tidak mahu mendahului keputusan Istana dalam soal itu kerana nama Menteri Besar hanya akan diputuskan oleh Sultan Perak.

“Kita ada banyak nama yang layak untuk dicalonkan antaranya Razman Zakaria
(Pesuruhjaya Pas Perak) dan Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Setiausaha Bersatu Perak).

“Mereka ini ada pengalaman sama ada sebagai Exco serta pengalaman dalam politik. Malah kedua-duanya jauh lebih berpengalaman daripada saya,” ujarnya.

Beliau berkata demikianpada sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto PN Perak di Hotel Casuarina di sini.

Mengulas lanjut kata Ahmad Faizal, lantikan menteri besar ini adalah prerogatif Sultan Perak justeru beliau tidak mahu mendahului keputusan Baginda.

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button