Nasional

UniKL dalam kelompok terbaik dunia dua tahun berturut-turut

ADALAH sesuatu yang membanggakan bagi institusi pengajian tinggi negara apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini sebaris bersama lima buah universiti swasta lain duduk dalam kelompok terbaik dunia.

Malah daripada 1,662 universiti yang tersenarai dalam Times Higher Education (THE), UniKL berada dalam kedudukan 1,200+ untuk dua tahun berturut-turut.

Kedudukan itu menunjukkan UniKL bersama lima Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf universiti itu adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

“Ini membuktikan kemampuan UniKL menjadi antara universiti terbaik di negara ini. UniKL merupakan sebuah universiti teknikal keusahawanan terbesar di Malaysia yang dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Ini adalah pencapaian amat membanggakan memandangkan UniKL pada asalnya ditubuhkan daripada beberapa buah institut teknikal dan vokasional milik penuh MARA yang khusus kepada pelbagai bidang teknologi berdasarkan keperluan industri sebelum digabungkan dan dinaiktaraf sebagai sebuah universiti pada tahun 2002.”

ROZIAH OMAR

Demikian kenyataan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr. Roziah Omar tyang kini memaklumkan sedang berusaha berusaha untuk meningkatkan reputasi UniKL di peringat antarabangsa melalui
kolaborasi dengan universiti dan organisasi ternama dunia dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, di bawah pelan strategi, UniKL sasar untuk berada pada kedudukan 600 teratas dalam senarai universiti terbaik dunia menjelang tahun 2025, antaranya adalah meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.

Selain itu, usaha turut menyumbang kepada pencapaian UniKL adalah pelaksanaan pelan transformasi WE4ASIA yang dilancarkan pada tahun 2014 danisokong pula dengan dedikasi dan usaha berterusan dari semua warga UniKL serta komunitinya termasuk sokongan dari pihak berkepentingan, khususnya KPLB dan MARA.

“Ini membolehkan UniKL unggul dalam 13 penunjuk prestasi yang mengukur pencapaian di dalam empat bidang utama iaitu pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan reputasi di peringkat antarabangsa.

“Senarai universiti terbaik dunia THE juga memperlihatkan bahawa institusi pendidikan tinggi di Asia secara perlahan-lahan telah mengorak langkah untuk mengatasi universiti Barat melalui peningkatan di dalam kedudukan mereka di peringkat global,” ujarnya.

 

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button