EkonomiGajetPendidikan

Anak Melayu terlibat dengan coding, gajinya pada usia 17 adalah RM14,000!

Kata orang kecil-kecil cili padi, walaupun kecil sangat berbisa. Itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang remaja berumur 17 tahun namun diberi gaji sebanyak RM14,000.

Baru-baru ini tular di media sosial, tentang remaja lelaki tersebut, Akmal Hazim yang masih belajar tingkatan 5 dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Shah Alam, Selangor.

Difahamkan semasa berusia sembilan tahun, Akmal pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang dan belajar dalam jurusan coding.

Lebih menarik tentang Akmal, semasa berumur 12 tahun dia sudah mula menjinakan diri dalam bidang pembangunan untuk permainan digital Minecraft.

Malah semasa tahun 2018, dia juga pernah menerima gaji sebanyak 50 ribu dalam masa setahun.

Jadi tidak hairanlah di atas kemahiran Akmal, syarikat luar negara sanggup membayar gajinya dengan mahal di atas kepakarannya dalam bidang coding.

Kisah remaja ini menjadi inspirasi buat semua orang tak kira golongan bawahan atau atasan. Semoga Akmal Hazim menjadi contoh untuk golongan anak muda yang mencari kejayaan.

(Visited 1,667 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button