fbpx
BeritaNasional

Ular sawa gergasi di siling rumah

HUJAN berlarutan yang melanda beberapa kawasan di Johor bukan sahaja menyebabkan manusia berlindung di dalam rumah malah ada haiwan yang tidak diundang turut menumpang teduh.

Sebuah rumah yang lokasinya dipercayai di Sri Medan, Batu Pahat, penghuninya terkejut apabila menyedari di bahagian siling/bumbung rumah mereka dihuni seekor ular sawa bersaiz besar.

Penemuan itu menjadi tular dalam laman sosial yang menyaksikan anggota Jabatan Pertahanan Awam berusaha menangkap ular sawa tersebut.

Video berdurasi 21 saat itu yang dimuat naik sejak beberapa jam lalu, menerima lebih daripada 10,000 tontonan.

Show More

Related Articles

Back to top button