fbpx
Nasional

Ada ular dalam pam petrol!

MENGEJUTKAN apabila ular sawa sepanjang kira-kira 2 meter ditemukan dalam sebuah pam petrol di Taman Melati, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Kehadiran haiwan tersebut disedari oleh seorang daripada pekerja stesen minyak berkenaan yang kemudian menghubungi bomba.

Komander Operasi, Zulkiflee Abdul Kadir berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapat memang terdapat ular sawa di sebuah daripada pam petrol di stesen minyak berkenaan.

Gambar ihsan JBPM KL

“Anggota berjaya menangkap dan mengeluarkan ular itu pada 12.44 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button