Jenayah

Polis dapat info rakyat negara jiran akan buat kacau hari PRN Sabah

Polis mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

“Sempena PRN Sabah kita dapat maklumat yang mengatakan akan berlaku kemasukan besar-besaran pendatang dari negara jiran untuk datang ke Sabah membuat kekacauan.

“Ini kita kena halang supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta ketenteraman dan keselamatan kita terjamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita beliau enggan mendedahkan sumber risikan, jumlah yang dijangka terbabit dan jenis kekacauan yang akan ditimbulkan.

“Dari negara jiran, tidak payah spesifik lah,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut soalan pemberita berkaitan perkara tersebut.– Bernama

(Visited 424 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button