Politik

DAP rayu lanjutan moratorium, dakwa MBAM tertekan

DAP dilihat cuba memihak kepada pertubuhan Master Builders Association Malaysia (MBAM) untuk merayu kepada kerajaan supaya melanjutkan moratorium.

Ini kerana industri pembinaan didakwa mengalami kerugian sehingga RM11.6 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Justeru, dengan perlanjutan moratorium, pemain dalam industri pembinaan dikatakan dapat mengurangkan kerugian akibat projek pembinaan yang diberhentikan.

Malah, rayuan itu juga dibuat kerana mendakwa industri tersebut sebagai sektor ekonomi negara yang penting.

“DAP kesal dengan kedegilan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan menyahut seruan rakyat Malaysia dan komuniti perniagan untuk melanjutkan moratorium.

“Moratorium pembayaran pinjaman bank yang tamat pada 31 September ini diharap akan dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi.

“MBAM adalah pertubuhan yang terbaharu merayu untuk pelanjutan moratorium, berikutan kerugian industir pembinaan sebanyak RM11.6 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, 29 peratus kerugian disebabkan pengangguran pekerja industri kerana projek pembinaan terpaksa dihentikan.

“Apa yang penting ialah permintaan MBAM untuk melanjutkan moratorium selama setengah tahun lagi adalah suatu rayuan bantuan dan tangisan meminta talian hayat.”

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini dalam satu kenyataannya yang turut menggesa rakyat Sabah mengundi Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini kerana menurutnya, dengan kemenangan Warisan pada 26 September nanti, ia akan memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk melanjutkan moratorium.

Katanya lagi, manfaat tersebut bukan sahaja kepada industri pembinaan malah turut dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia yang berniaga ataupun bekerja.

“Kemenangan Warisan dalam PRN Sabah dapat memaksa Muhyiddin mengubah fikirannya dan melanjutka moratorium pembayaran balik pinjaman bank enam bulan lagi.

“Nilai moratorium pembayaran balik pinjaman yang ditanggun oleh institusi kewangan sejak 1 April dianggarkan berjumlah RM85.8 bilion.

“Bantuan ini penting dalam melindungi mata pencarian, pekerjaan dan perniagaan lapan juta individu dan syarikat.

“Oleh kerana kerajaan enggan mendengar suara rakyat, maka tekanan daripada luar diperlukan.

“Mungkin hanya kemenangan Warisan dalam PRN Sabah yang akan datang dapat memaksa Perdana Menteri untuk berubah fikiran,” jelasnya.

Kata bekas Menteri Kewangan itu lagi, bank hanya akan kehilangan RM6.4 bilion jika moratorium diteruskan untuk enam bulan lagi.

Namun, Guan Eng yakin kerajaan boleh menyuntik RM6.4 bilion bagi membantu bank dalam melaksanakan moratorium sehingga bulan Mac tahun hadapan.

“Ini dapat ditanggung dengan mudah oleh industri perbankan yang mencatatkan keuntungan RM32 bilion pada tahun 2019.

“Jika bank-bank ini tidak rela melakukannya, kerajaan boleh menyuntik RM6.4 bilion untuk membantu 8 juta rakyat Malaysia dan syarikat.

“Ini adalah wang yang berbaloi untuk dibelanjakan dengan nilai berimpak tinggi kepada 8 juta individu dan syarikat Malaysia bernilai RM86 bilion,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan moratorium selama enam bulan bermula 1 April sehingga 30 September.

Tawaran tersebut adalah bagi membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19). – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button