NasionalPendidikan

Tubuh Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara siasat isu Sijil Peperiksaan Bersama

SATU Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara perlu ditubuhkan bagi menyiasat isu Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate – UEC) yang telah dibangkitkan oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.

Cadangan itu dilontarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim setelah mengambil kira tentang kepentingan membincangkan isu berkenaan.

Rais berkata, Jawatankuasa Khas itu molek dipengerusikan oleh Senator Tuan Ak Nan a/l Eh Took.

Dengan adanya Jawatankuasa Khas itu, dapatkah diadakan mesyuarat dan berbincang bagi meneliti isu berkenaan dalam masa terdekat ini.

“Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan turut dianggotai oleh Senator Dr. Hajah Wan Martina Wan Yusoff, Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol, Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan Senator Dato’ Nelson a/l Renganathan,” katanya

Rais dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau juga meminta agar Jawatankuasa Khas itu meneliti segera secara mendalam dan membandingkan percanggahan antara cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Beliau berkata, isu ini amat perlu diperhalusi secepat mungkin memandangkan banyak kekeliruan berlaku kerana sekiranya isu ini terus dibangkitkan, adalah dibimbangi akan membawa kesan negatif kepada gerak kerja nasional pendidikan.

“Selain itu kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin agar isu ini segera dituntaskan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button