Ekonomi

Bank Rakyat tawar kadar keuntungan 2.15% setahun terendah di pasaran, sedia hadiah menarik

SEMPENA hujung tahun 2022, Bank Rakyat menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i menawarkan kadar keuntungan serendah 2.15% setahun yang mana jauh lebih rendah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa.

Kadar istimewa ini ditawarkan kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2022 tanpa sebarang jumlah minimum pembiayaan.

Lebih menarik lagi, pelanggan baharu dan sedia ada Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat turut berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000 dengan melanggan atau membuat pembiayaan semula dengan jumlah minimum RM50,000 pada tempoh yang sama.

Antara 14 hadiah eksklusif yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah termasuk dua buah kereta Honda HRV, dua buah motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, kadar promosi istimewa yang ditawarkan menjelang musim cuti hujung tahun ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan kewangan pelanggan, malah memberi penjimatan serta lebihan tunai kepada mereka untuk menguruskan perbelanjaan peribadi sebagai persiapan tahun baharu kelak.

“Kadar promosi ini juga menampilkan kelainan daripada tawaran kempen Bank Rakyat sebelum ini kerana menawarkan kadar terendah berbanding kadar keuntungan yang pernah ditawarkan sebelum ini,” ujar Bank Rakyat.

Tambah Bank Rakyat lagi, tawaran ini yang menyasarkan warganegara Malaysia daripada sektor awam dan swasta juga disediakan sebagai salah satu inisiatif dalam menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan kewangan daripada institusi perbankan yang sah dengan menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 dan ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat. –  SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM500 juta

 

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button