Hiburan

Tiz Zaqyah berang terima gambar kemaluan lelaki di Instagram

GANGGUAN seksual di laman sosial bukanlah benda baharu dan sering dilakukan oleh golongan yang dikategorikan sebagai gila seks.

Terbaharu, pelakon, Tiz Zaqyah berkongsi kisah dia diganggu seorang lelaki dengan menghantar gambar kemaluannya ke Instagram pelakon tersebut.

Menurut pelakon itu, dia tidak pasti sama ada pemilik tersebut adalah palsu atau tidak tetapi terlalu ramai yang berperangai jijik sebegitu.

“Kau bayangkan anak buah kau ke? Adik kau ke? Anak endiri ke kena macam ini banyak kali? Kau diam sahaja ke?

“Persoalannya, kalau kita block dan buat laporan lepas itu? Mereka ini hidup senang macam biasa sahaja. Agak-agaklah,” katanya.

Tiz turut meminta maaf kerana memuat naik gambar mesej beserta gambar kemaluan yang diterimanya.

Jelasnya, dia berbuat demikian supaya semua orang dapat merasa apa yang dia dan ramai lagi wanita di luar sana yang menghadapi situasi sama.

Bagaimanapun gambar itu telah pun diturunkan daripada InstaStory Tiz.

Tiz turut berkongsi pengalamannya melibatkan seorang pekerja yang dibuang kerana cuba mengintai artis menukar baju.

“Dulu dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab menyorok dalam bilik ketika artis hendak tukar baju.

“Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu? Mereka yang di sosial media ini? Seronok sangat sebab semua lepas. Naik kepala la kan?” katanya.

Sebelum ini, beberapa artis lain seperti Faradhiya, Nad Zainal dan Nita Hamzah pernah berkongsi pengalaman sama.

Namun, tiada sebarang tindakan diambil kepada pengguna laman sosial yang melakukan perbuatan tidak senonoh ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button