Hiburan

Achey ada 28 motosikal, rumah tak muat nak simpan semuanya

KALAU orang lain ada yang sibuk mengumpul kereta, lain pula ceritanya dengan Achey yang memiliki 28 buah motosikal.

Jumlah tersebut sebenarnya lebih tinggi kerana ada sebahagian motosikal itu sudah pun dijual.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata, semua motosikal tersebut dimilikinya tanpa sengaja.

“Punca motor saya jadi banyak sebab orang datang kepada saya kata ‘Achey nak pakai RM500, tapi aku tak ada benda nak ganti, aku ada motor’. Tengok-tengok motor yang nak dijadikan cagaran pun duduk belakang reban.

“Bila dah senang, kata nak ambil balik, tapi rata-ratanya tak ambil balik pun, pening juga saya.

“Kita tengok motosikal itu pun rare, jadi ambil dan baiki, itu yang jadi banyak,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Menurut Achey, ada beberapa koleksi motosikalnya yang sudah dijual bagi menampung modal untuknya membeli rumah.

Jelasnya, disebabkan jumlah motosikal yang terlalu banyak juga membuatkan dia terpaksa menyimpan kesemuanya secara berasingan.

“Sebab dah banyak sangat, rumah saya pun tak mampu nak muatkan semua motosikal, jadi saya terpaksa simpan di beberapa lokasi lain,” katanya. -SM

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button