Nasional

Tipu pampasan Perkeso, tiga termasuk dua beranak ditahan

Tiga individu termasuk dua beranak telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM540,000.

Menurut sumber, pasangan anak beranak yang berusia 59 dan 36 tahun bersama seorang lagi wanita berusia 50 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

“Ketiga-tiga suspek tersebut dipercayai mendalangi sindiket yang membuat tuntutan palsu bagi laporan perubatan Orang Berinsuran (OB) dalam kalangan pencarum PERKESO yang membuat permohonan tuntutan hilang upaya sementara atau kekal dan Pencen ILAT.

BACA> Ini bukan zoo, ini Dewan Rakyat, kata Azhar

“Mereka dipercayai melakukan kegiatan tersebut sekitar 2009 hingga 2017,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button