Nasional

Tiada pesakit Covid-19 datang ke Balai Polis Sentul

PIHAK Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan bahawa lelaki yang disyaki mempunyai Covid-19 yang datang ke Balai Polis Sentul pagi tadi bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, balai polis juga akan dibuka semula hari ini pada pukul 4 petang selepas proses sanitasi kedua dijalankan.

“Kira-kira pukul 10.20 pagi tadi, telah datang seorang lelaki berusia 81 tahun yang ingin membuat laporan polis.

“Pemerhatian awal anggota di kaunter mendapati pengadu menunjukkan tanda-tanda disyaki mempunyai gejala Covid-19.

BACA> Bekas SUSK Menteri mengaku tidak bersalah atas dakwaan rasuah RM3.1 juta

“Pengadu juga mempunyai sesak nafas, batuk dan dipercayai baru keluar dari hospital.

“Ketika kejadian, hanya seorang sahaja anggota bersama dengan pengadu di tempat duduk kaunter pertanyaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khuatir melihat keadaan pengadu, Menurut S. Shanmugamoorthy, pihaknya kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada Hospital Kuala Lumpur.

Ujarnya, pengadu kemudian telah dibawa ke HKL dan pihaknya mengambil insiatif untuk menutup Balai Polis Sentul secara sementara.

“Kita juga telah melakukan proses sanitasi di sekitar balai dan semua anggota dan kakitangan tidak dibenarkan keluar dari lokasi sehingga dimaklumkan HKL.

BACA> Amah ‘kantoi’ curi dan jual barang kemas majikan

“Kira-kira pukul 2.20 petang, pihak kami dimaklumkan bahawa pesakit tersebut tidak dijangkiti Covid-19 dan merupakan pesakit biasa yang pernah dimasukkan dan dirawat dalam wad HKL,” katanya.

Pagi tadi, tular di laman sosial gambar berkenaan arahan penutupan Balai Polis Sentul yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ramai yang menyatakan kerisauan kerana menyangkakan bahawa penutupan balai itu mempunyai hubung kait dengan wabak Covid-19. -SM

(Visited 766 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button