Pendidikan

Tengku Amir Shah meriahkan Hari Terbuka TVET

Sebanyak 500 daripada pelajar sekolah dan kolej dari seluruh Malaysia memeriahkan Hari Terbuka TVET yang berlangsung di Kolej Komuniti Kuala Langat kelmarin.

Acara tersebut turut dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Tengku Amir Shah melawat pameran semasa Hari Terbuka TVET yang berlangsung di Kuala Langat

Objektif Hari Terbuka TVET dianjurkan adalah untuk mengetengahkan bidang TVET kepada golongan anak muda disamping menyediakan platform buat mereka.

Yayasan Raja Muda Selangor juga telah menyediakan latihan berasaskan kemahiran kepada lebih 3,500 belia di seluruh negara, kepada belia berumur 16 hingga 30 tahun dalam mengembangkan lagi pendidikan anak muda dalam bidang TVET.

Antara pelajar kolej yang terlibat

Menurut Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor Raja Tan Sri Dato‘ Seri Arshad Raja Tun Uda, program ini bertemakan ‘’TVET untuk Masa Depan Mampan’’ dengan adanya pertandingan projek inovasi, para pelajar dapat mengentegahkan idea dan bakat mereka.

‘’Pengamal-pengamal TVET muda dari kategori kolej dan sekolah menengah telah menyahut cabaran yang diberikan. Bersama-sama kita pada hari ini, 6 kumpulan daripada kategori kolej dan 6 lagi daripada kategori sekolah telah pun memerah minda dan keringat untuk mempamerkan dan mempertandingkan projek inovasi masing-masing.’’ Katanya dalam satu ucapan rasmi.

Pelajar TVET menunjukan bakat seni ukiran

Dalam pada itu, sempena dengan program ini Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan untuk memberikan sumbangan bantuan kepada 2 buah rumah kebajikan dari sekitar daerah Kuala Langat, serta bantuan komputer riba kepada 5 orang pelajar yang memerlukan.

Sumbangan bantuan ini adalah hasil daripada tajaan Worldwide Holdings yang berjumlah RM5,000 bagi setiap rumah.

Worldwide antara pemberi sumbagan terbesar pada SAYS

Semua murid dapat peluang pendidikan, TVET – KPM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button