Nasional

Tak sengaja potong barisan isi minyak, konstabel polis cedera dipukul

HANYA kerana salah faham ketika sedang beratur untuk mengisi minyak, seorang konstabel polis cedera dipukul beberapa lelaki di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi ketika anggota polis dari Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu sedang melakukan Op Rentas Khas bagi menangani jenayah samun dan ragut di kawasan sekitar.

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an menggunakan motosikal semasa membuat rondaan sebelum singgah di sebuah stesen minyak.

Ketika berhenti di sebuah pam minyak itu, tanpa disedari terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tiba terlebih dahulu dan sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Keadaan itu kemudian telah mencetuskan rasa tidak puas hati pemandu hingga berlaku pertengkaran mulut diantara mereka.

BACA> Rogol: Tujuh termasuk adik beradik kembar ditahan

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Ahmad Osman berkata, mangsa yang tidak sempat memberi penjelasan telah ditumbuk di bahagia muka beberapa kali dengan menggunakan tangan.

“Beberapa lagi rakan suspek turut menyerang mangsa namun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Susulan insiden itu, mangsa telah cedera di kening keri sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan menerima lima jahitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, menurut Ahmad, 10 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Johon Bharu kerana disyaki terlibat dengan kejadian itu.

Jelasnya, kesemua suspek telah direman dua hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

BACA> Jangan rompak bukan bumiputera untuk majukan bumiputera 

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faiz Mohd. Yassin di talian 011-19823703 atau penyiasat kanan, Asisten Superintenden Gopal Subaramaniam (012-5120242). -SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button