Uncategorized

Raja Perlis terima sembah mengadap PTD baharu

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di Bilik Biru Istana Arau pada khamis tengahari.

Berangkat sama hadir adalah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri, Beseri.

Majlis sembah mengadap ini adalah bersempena dengan pelantikan Jeneral Datuk Zamrose sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. .

Turut hadir, Pemangku Panglima 2 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Hj Mohd Halim Khalid dan Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Hassan Embong.

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Sirajuddin yang juga merupakan Kolonel Yang Di-Pertua bagi Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Malaysia turut berkenan menerima kunjungan sembah mengadap perpisahan dan menjunjung kasih oleh Pengerusi RRD, Mejar Jeneral Datuk Md Din Hj Abu yang akan memulakan Latihan Peralihan sebelum bersara pada 19 September yang akan datang ini yang hadir bersama dengan Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Datuk Hj Mislan Anuar.

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button