Jenayah

Tak Boleh Reman Siti Bainun Pada Hari Tangkapan – Saksi Ke-6

Saksi keenam dalam perbicaraan berkait dengan Siti Bainun Ahd Razali serta adik Bella mendedahkan tertuduh tidak boleh ditahan reman pada hari tangkapan.

Hal ini demikian kerana pada hari tersebut, Siti Bainun sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan pegawai penyiasat membuat keputusan memberi jaminan.

Siapa pegawai penyiasat yang terlibat pada ketika itu?

Yang tidak menahan reman dan memberi jaminan kepada Siti Bainun pada ketika itu adalah Asisten Supritendan Nazatul Madiyah yang merupakan seorang pegawai penyiasat kanan.

Dalam masa sama, Nazatul Madiyah merupakan pegawai kanan bagi Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan dia yang dipertanggungjawabkan untuk menahan tertuduh.

(Visited 279 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button