NegeriRencah Hidup

Tabung Putra Petri YTSP Perlis sumbang RM260,000 kepada 210 bayi

TABUNG Putra Petri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang dilancarkan sejak tahun 2014 telah menyumbangkan sebanyak RM260,000 kepada 210 bayi.

Setiausaha Kehormat YTSP, Datuk Johari Mohd. Darus, berkata, ia melibatkan 187 bayi Islam manakala 23 bukan Islam di mana masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.

Katanya, sumbangan untuk bayi Islam dikreditkan ke akaun Lembaga Tabung Haji (TH) dan bukan Islam ke akaun Amanah Saham Gemilang.

Selain itu katanya, setiap bayi Islam juga didaftar bagi kemudahan menunaikan haji apabila usia mencapai 18 tahun.

Beliau berkata, setiap ibu bapa digalakkan menabung RM20 setiap bulan supaya menjelang usia 18 tahun telah mempunyai akaun berjumlah RM10,000.

Johari berkata, setiap bayi ini yang dipilih kerana dilahirkan antara 17 Mei hingga 17 Jun setiap tahun sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis di Hospital Tengku Fauziah (HTF) dan dari datang dari keluarga tidak berkemampuan.

Beliau berkata, pihaknya berharap setelah dewasa nanti penerima ini akan menghargai tabungan mereka bermula dengan kurniaan dari istana.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri YTSP Perlis dan Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit HTF di Kangar.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.

Penerimanya adalah 25 bayi bukan Islam dan lima lagi bukan Islam.

Baginda turut menyampaikan sumbangan kepada empat pesakit HTF termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima cermin mata, alat pendengaran, alat suara palsu dan kanta mata katarak. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button