Politik

Sudah tiba masanya wanita perlu berada di Parlimen Malaysia

ISU jantina tidak perlu wujud dalam bidang kepimpinan mahupun politik. Seperti semua sedia maklum kebanyakkan Ahli Dewan Rakyat dipelopori oleh kaum lelaki.

Manakala di Dewan Negara, wanita yang dilantik  cuma 17 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan Senator. Maknanya, jumlah wanita perlu ditambah supaya selari dengan konteks “berperlembagaan” sekurang-kurangnya mencapai 30 peratus wanita dalam Dewan Negara.

Justeru sudah tiba masanya Dewan Negara diberikan lonjakan baharu terhadap kempimpinan dari wanita dalam Dewan Negara sebagai pentas legislatif tertinggi di Parlimen Malaysia.

Menurut Senator Ahli Dewan Negara, Ketua Wanita Keadilan FADHLINA SIDEK, berkata bahawa beliau menegaskan perlu ada iltizam dalam berpolitik.

“Untuk mencapai Ahli Dewan Negara Wanita perlu mencapai komposisi dan representasi sehingga 50%,”katanya.

Katanya lagi Sejajar kepada Perkara 45 (2) Perlembagaan Persekutuan, keperluan pelantikan Ahli Dewan Negara itu merujuk kepada kelayakan tertentu.

Iaitu perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profession, kebudayaan atau perkhidmatan sosial dan mewakili ras komuniti.

Fadlina juga berkata seharusnya untuk mencapai urus tadbir yang baik perlu melibatkan wanita dengan sama rata.

Lantikan Dewan Rakyat adalah melalui proses pilihan raya, maka Dewan Negara lebih mudah untuk komposisi perwakilan wanita.-SM

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button