Luar Negara

Hampir suku juta penduduk Syria melarikan diri dari Idlib

HAMPIR suku juga penduduk lari meninggalkan kediaman masing-masing di kubu terakhir yang dikuasai kumpulan penentang di Idlib untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Syria dan Russia.

Serangan udara menghujani kawasan itu bulan ini yang mana pekerja bantuan memberi amara ia akan membawa kepada krisis kemanusiaan dahsyat ekoran perang Syria yang masuk tahun kelapan.

Presiden Amerisa Syarikat (AS), Donald Trump semalam meminta Moscow, Damsyik dan Tehran supaya menghentikan serangan itu.

“Russia, Syria dan Iran serang membunuh, atau sedang merancang untuk membunuh, beribu orang awam di bahagian barat laut negara itu. Jangan lakukannya!” Kata Trump melalui Twitter.

Pasukan bantuan kemanusiaan yang beroperasi di wilayah itu memberitahu, 216,632 orang telah meninggalkan kediaman masing-masing melarikan diri ke arah sempadan Turki yang ditutup sejak awal Disember.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button