Luar Negara

China, Russia, Iran jalani latihan laut bersama

CHINA, Russia dan Iran akan mengadakan latihan laut bersama bermula hari ini di Lautan Hindi dan Teluk Oman, demikian menurut Kementerian Pertahanan China di tengah-tengah ketegangan rantau itu antara Iran dan Amerika Syarikat.

Jurucakap kementerian itu, Wu Qian berkata, China akan menghantar Xining iaitu peluru berpandu pemusnah untuk latihan tersebut, yang akan berlangsung hingga Isnin bagi tujuan meningkatkan kerjasama tentera laut antara tiga negara tersebut

Katanya, latihan itu merupakan pertukaran ketenteraan biasa antara pasukan keselamatan tiga negara tersebut dan selari dengan amalan dan undang-undang antarabangsa.

“Ia tidak semestinya dikaitkan dengan situasi di rantau itu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Teluk Oman terutamanya merupakan perairan sensitif kerana ia menghubungkan Selat Hormuz – yang merupakan salah satu daripada lima laluan minyak dunia – yang menghubungkan ke Teluk.

Latihan itu juga hadir ketika hubugan Amerika Syarikat dengan Iran tegang.

Ketegangan meningkat apabila Presiden Donald Trump menarik keluar AS daripada rundingan nuklear Iran yang mana enam negara mengenakan semula kepada negara itu.

Washington telah mencadangkan misi ketenteraan diketuai AS selepas beberapa serangan pada Mei dan Jun ke atas kapal-kapal dagang antarabangsa termasuk kapal tangki Arab Saudi di perairan Teluk yang mana AS menyalahkan Iran. Iran menafikan tuduhan itu.

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button