Hiburan

Status Rumah Tangga Noor Nabila Dan Engku Imran Jadi Tanda Tanya

Tindakan usahawan terkenal, Noor Nabila Mohd. Noor memadam semua foto bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Lebih mengejut, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti Neelofa ada memuat naik beberapa status menerusi IGStory yang memberi gambaran seolah-olah sedang kecewa.

“Anda layak dapat seseorang yang berasa betul. Seseorang yang membalas cinta anda, yang memelihara cinta anda. Seseorang yang jatuh cinta kerana mencintai anda,” tulis Noor Nabila menerusi IGStorynya.

Berdasarkan risikan daripada netizen, ibu Noor Nabila iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed juga sudah tidak mengikuti Engku Imran di Instagram.

Perkara ini menambahkan persoalan netizen kerana sebelum ini Nor Nabila pernah menafikan dakwaan bahawa rumah tangganya sedang dilanda badai.

Terdapat juga andaian bahawa mereka mungkin punyai alasan sendiri untuk tidak berkongsi foto bersama dan mahu menjaga kepentingan peribadi memandangkan hubungan tersebut adalah perkawinan ketiga buat mereka.

Terdahulu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan seorang pelakon lelaki, Shanaz Ahmad dan dikuniakan anak bernama Jayden, walau bagaimanapun hubungan mereka ternoktah dan membuat keputusan untuk berpisah.

Engku Imran pula pernah berkawin bersama primadona terkenal, Erra Fazira dan mereka juga dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya, namun mereka juga berpisah.

Selepas itu Engku Imran berkawin pula dengan pelakon jelita dari Indonesia dan mereka juga berpisah sekitar 3 tahun yang lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button