Berita

SME Corp umum pencarian 50 PMKS pada tahun 2024

SME Corp Malaysia mengumumkan mencari 50 usahawan mikro, kecil dan sederhana, Program Anugerah E50 2024 dengan tema ‘Meraihkan Semangat Keusahawanan Malaysia’.

Anugerah E50 telah mendapat pengiktirafan industri sejak dua (2) dekad yang lalu sebagai salah satu platform yang berkredibiliti dan menjadi rebutan bagi melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan.

Turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini dianjurkan bersama oleh SME Corp. Malaysia dan Deloitte Malaysia, dengan kerjasama daripada rakan strategik seperti YTL Corporation Berhad, RHB Bank Berhad, KLIATV Media, RAM Rating Services Berhad, Media Prima Omnia, ASTRO Malaysia Holdings Berhad, Malaysia SME, Telekom Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, beliau menekankan kepentingan kelestarian serta amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan PMKS.

“Melangkah ke hadapan, PMKS perlu melengkapi operasi perniagaan dengan aspek berkaitan kelestarian melalui penerapan amalan ESG iaitu Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus. Sehubungan itu, selain anugerah khas sedia ada iaitu Anugerah Usahawan Wanita Terbaik E50 dan Anugerah Usahawan Eksport Terbaik E50, satu Anugerah Khas Baharu akan diperkenalkan di bawah Program Anugerah E50 pada tahun ini iaitu Anugerah Amalan ESG Terbaik E50. Anugerah ini diperkenalkan bagi 2 memperakui Syarikat PMKS yang menjadikan ESG sebagai agenda utama dalam perniagaan”.

“Sehingga kini, Program ini telah menarik seramai 2,225 peserta dan telah mengiktiraf 763 pemenang. Daripada pemenang E50 yang lalu, sebanyak 67 syarikat telah berjaya disenaraikan dalam pasaran modal, yang menambah lagi prestij Anugerah ini”, kata YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia dalam ucapan aluannya di Aloft Kuala Lumpur Sentral petang tadi.

Bagi tahun ini, syarikat perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah: • Memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang[1]kurangnya 40% ekuiti tempatan; • Mendapat penarafan 4 dan 5 bintang di bawah SCORE; • Tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; • Mempunyai penyata kewangan beraudit 3 tahun terkini; dan • Anak syarikat tidak layak jika Syarikat Induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Anugerah E50, sila layari laman sesawang, www.e50.com.my.

Artikle Berkaitan :>

Eskayvie Terima Dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp

Anugerah E50 bantu usaha penjenamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana – SME Corp

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button