Auto Travel

Smart #1, mampu pergi sejauh 440km dengan sekali caj sahaja

PENANTIAN untuk melihat kereta elektrik pertama dari Smart berakhir dengan pelancaran Smart #1. Kereta elektrik berkuasa elektrik (BEV) ini adalah berasaskan Smart Concept #1 dengan rekaan yang lebih konservatif.

Pertama sekali Smart #1 ia sebuah kereta sedan kompak empat pintu dengan dimensi 4.27 x 1.82 x 1.64meter dan seberat 1,820 kilograms. Sebuah motor 262 kuasa kuda digunakan yang mampu memecutkan kenderaan ke kelajuan maksimum 180 km/j.

Sebuah bateri sebesar 66 kWh membekalkan kuasa dengan jarak perjalanan sehingga 440 km WLTP dengan sekali caj. Bercakap mengenai pengecasan, ia boleh dicas dari 10-80% dalam masa 30 minit menerusi pengecas 150 kW DC.

Fakta: Nama Smart berasal daripada kerjasama syarikat jam tangan Switzerland, Swatch dengan Mercedes-Benz: “Swatch Mercedes ART” > Shopee Swatch Pinkbaya GP403

Manakala ruang kabinnya mampu menempatkan sehingga lima orang penumpang dengan selesa dengan bahagian tengah kerusi belakang boleh dibuka untuk menjadi tempat meletak tangan. Kenderaan turut dilengkapi skrin a 12.8″ untuk sistem hiburan manakala skrin 9.2″ pula diberikan kepada pemandu untuk paparan maklumat operasi kenderaan.

Rekaan dalaman kelihatan futuristik dengan lampu LED biru diletakkan pada lohong sistem pendingin hawa. Bahagian bumbung pula diperbuat daripada kaca lutsinar. Dari segi audio pula, sistem speaker Beats digunakan. Smart #1 hanya mempunyai ruang simpanan yang kecil di belakang tetapi terdapat juga frunk di hadapan untuk ruang simpanan tambahan.

Setakat ini harga, jualan Smart #1 belum lagi diumumkan tetapi yang pasti ia akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi oleh Proton Edar, menjadikannya model EV pertama yang dijual oleh jenama tersebut. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button