Politik

Skeptikal terhadap Islam perlu diperbetulkan

PELBAGAI pandangan dan tanggapan negatif dilemparkan terhadap agama Islam terutamanya dalam kalangan masyarakat Barat yang mendakwanya sebagai pengganas.

Malah, akibat persepsi tersebut juga kerajaan seperti di negara Eropah terbawa-bawa dalam dasar mereka menentang minoritui Muslim termasuklah menunaikan kewajiban sendiri.

Oleh demikian, satu pandangan dan pengalaman dikongsi seorang pemimpin Pas menceritakan pengalamannya belajar di sebuah universiti di Iraq.

Satu pandangan oleh seorang penganut Kristian terhadap Islam dilemparkan dek pemerhatian terhadap sikap masyarakat Muslim yang dilabelnya sebagai pemalas.

Ini kerana perbandingan dibuat apabila peminta sedekah dilihat lebih ramai dekat luar masjid berbanding gereja.

“Beberapa orang teman sekuliah saya adalah penganut Kristian termasuklah anak lelaki Tariq Aziz, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Iraq ketika itu.

“Seorang dari mereka, agak peramah serta mampu berbahasa Inggeris dengan baik sekali, seorang gadis Kristian yang sopan bernama Mayce Manuel.

“‘Pada pandangan kamu mana yang lebih baik antara Kristian dan Islam?’ Suatu hari Mayce mengajukan soalannya kepada saya.

“Tentu saja jawapan saya.. ‘Saya seorang Muslim, semestinya saya meyakini agama saya yang terbaik. Sebab itu ia menjadi pegangan dan cara hidup saya..’

“Maaf, saya berpandangan sebaliknya, bagi saya Kristian lebih baik, jawab Mayce.

“Bagi saya umat Islam adalah pemalas dan mundur. Lihatlah peminta-peminta sedekah di jalanan atau di pintu-pintu masjid, siapakah mereka? Islam atau Kristian? Soal Mayce.

“Cuba awak lihat di hadapan gereja setiap hari Ahad, adakah orang Kristian yang meminta sedekah? Jelasnya lagi.”

Demikian pengalaman diceritakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Azman Ibrahim, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi.

Justeru, beliau kemudian membalas setiap pertanyaan Mayce yang merupakan anak kepada seorang pensyarah di universiti berkenaan.

Kata Azman, Mayce melihat penganut Islam dari sudut yang sempit dan sebaliknya tidak melihat dari aspek global dan berdasarkan situasi masyarakat Islam di Barat.

“Bagaimana awak boleh menyatakan Islam adalah agama ekstrem dan sukar bertoleransi sedangkan awak sendiri dan masyarakat Kristian di sini adalah minoriti.

“Tetapi, saya tengok awak bebas pakai rantai salib, bebas mengamalkan ajaran agama awak, bebas ke gereja, boleh membina rumah dan tempat tinggal, mendapat hak belajar di universiti, menjawat jawatan dalam kerajaan termasuk ibu awak sendiri adalah pensyarah di sini.

“Atau apa yang saya sebut ini tidak benar?” Saya menyangkal dakwaan beliau sambil mengajukan soalan.

“Pernahkah awak mendengar berita, gadis-gadis Islam di Francis dihalang memakai tudung untuk ke pusat-pusat pengajian?

“Kenapa mereka dihalang sedangkan memakai tudung adalah suruhan agama kami yang sepatutnya dihormati oleh pemerintah Francis yang merupakan penganut Kristian.

“Bagaimana perasaan kamu kalau sekiranya Kerajaan Iraq melarang kamu memakai salib, tentu kamu akan marah?

“Adakah awak pernah mendengar berita di mana-mana negara umat Islam, masyarakat minoriti Kristian dianiaya oleh kelompok majoriti Muslim?

“Tak ada… kerana agama kami tidak mengajar begitu. Islam adalah agama kedamaian dan keamanan,” jelas Azman. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button