Hiburan

Siti Nurhaliza bukannya dilantik sebagai profesor

PELANTIKAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar  Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) bukannya sebagai profesor atau ahli akademik.

Tetapi sebaliknya sebagai ikon bertujuan mempromosi tentang pembelajaran berterusan.

Pengacara Datuk Aznil Nawawi mempertahankan pelantikan itu yang dikecam netizen ketika tampil dalam siaran sebuah radio.

mengatakan, pelantikan Siti bukan sebagai profesor, ahli akademik mahupun tenaga pengajar di institusi berkenaan sebaliknya sebagai ikon dengan tujuan mempromosi tentang pembelajaran berterusan.

“Pelantikan Siti itu sebagai ikon, bukan profesor, bukan sebagai ahli akademik, bukan sebagai tenaga pengajar. Hanya ikon yang mempromosikan tentang program pembelajaran berterusan,” katanya.

Katanya, sebagai insan seni yang berpengalaman Siti Nurhaliza layak menerima pelantikan terbabit berdasarkan sumbangan dan pengalamannya hampir tiga tahun berkecimpung dalam dunia seni.

“Orang ramai yang mengutuk kata sedangkan dia belajar tidak tinggi, kadang-kadang kita harus ingat bahawa dia tidak mengajar.

“Sekiranya dia mengajar mungkin tentang falsafah kehidupan, falsafah kemanusiaan kerana beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button