Rencana

Nasib 6 ahli parlimen ditentukan tempoh 21 hari, apa selepas itu?

Seperkara yang menarik minggu ini selain daripada Isu Black Rock dan MAHB ialah berkenaan dengan 6 kerusi Parlimen, MP BERSATU yang menyokong PM Anwar Ibrahim, samada kerusi ini kosong ataupun tidak ?

Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk membuat keputusan.

2. Beberapa perkara Signifikan akan berlaku dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat ini.

Sekiranya, Speaker mengambil keputusan bahawa 6 kerusi tersebut *tidak kosong*, maka ini akan menjadikan *Satu Precedent* kepada Parlimen bahawa sekiranya selepas itu ada Ahli Parlimen (MP) tidak menyokong Usul Kerajaan Perpaduan sebagai Contoh, Usul Bajet tahun 2024/25,

Maka bermakna, MP tersebut sekiranya digugurkan keahlian parti-nya, dia (MP berkenaan) tidak akan hilang kerusi Parlimen tersebut.

Kerusi Parlimen tersebut, akan terus dilihat menjadi *HAK MP BERKENAAN.*

Ini juga bermakna.

Sekiranya ada *Undi Tidak Percaya* terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ia-nya dilihat dibenarkan tanpa *mengikat* Ahli Parlimen tersebut.

Ini dilihat akan menyebabkan keadaan huru-hara dan tidak menentu di Parlimen (uncertainty in Parliament).

3. Pada pandangan saya, adalah lebih baik Speaker mengosongkan 6 kerusi Parlimen ini.

Dan pulangkan semula mandat kepada Rakyat untuk membuat keputusan memilih wakil Parlimen mereka yang baru.

4. Sekiranya MP tersebut tidak setuju dengan keputusan ini, sila bawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan.

Speaker tidak perlu pening kepala.

*PARLIMEN LABUAN.*

5. MP Labuan sekarang ialah Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Suhaili berisiko kehilangan kerusi ini sekiranya kerusi Parlimen Labuan dipertandingkan semula.

Kerusi ini kerusi AMANAH.

UMNO juga bertanding kerusi ini pada PRU ke 15 yang lalu.

Suhaili menang di Labuan dengan majoriti 708 undi daripada Datuk Bashir (UMNO) dan Datuk Rozman (Warisan).

Bashir dapat 7,416.
Rozman dapat 7,310.

Satu kemenangan yang tipis.

6. Persoalannya, adakah UMNO sanggup mengorbankan kerusi Parlimen ini kepada Pakatan Harapan dan Suhaili ?

Suhaili yang merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan, berkemungkinan besar tidak akan di terima bertanding di atas Logo UMNO-BN.

Harapan Suhaili hanyalah untuk bertanding diatas tiket parti PM iaitu parti PKR.

Calon Local Favourite masih lagi Rozman yang pernah menang 2 penggal di Labuan.

Sekali atas tiket UMNO-BN dan kali kedua atas tiket Warisan pada PRU ke 14, sebelum tewas dengan 800 undi pada PRU ke 15 baru lalu.

Rozman masih lagi service penduduk Labuan, manakala Suhaili sering berada di Kuala Lumpur.

Rozman masih lagi Ahli Parti Warisan Sabah.

7. Politik di Sabah bertambah rumit dengan keadaan situasi dimana Presiden Parti Warisan Shafie Apdal kelihatan rapat dengan Bung Moktar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Manakala, seteru musuh mereka adalah Ketua Menteri (CM) Hajiji.

Manakala, CM Hajiji (GRS – Gabungan Rakyat Sabah) pula kelihatan rapat dengan Kerajaan Perpaduan, PH, PKR dan PM Anwar Ibrahim.

Tidak lagi menjadi rahsia, PM Anwar mahukan Negeri Sabah sebagai *FIX-DEPOSIT* Parti PKR-PH.

Manakala disebaliknya, UMNO kelihatan berpecah 3 iaitu dengan ;

(i). Kumpulan ataupun Group Bung Moktar,
(ii). Kumpulan Rahman Dahlan, dan
(iii). Kumpulan Salleh Keruak.

8. Keadaan di Sabah akan jadi lebih menarik sekiranya Ramalan mengatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubarkan pada bulan Julai ini, untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Sabah pada bulan September ketika musim cuti Sekolah di antara 14 – 22 September 24 ini.

9. Sekiranya PRU Negeri Sabah berlangsung sebelum Pilihanraya Kecil Parlimen Labuan, Senario Politik di Labuan akan berubah, mengikut keputusan Pilihanraya Negeri tersebut.

Manakala, sekiranya Pilihanraya Negeri Sabah lambat lagi dan Pilihanraya Kecil Labuan diadakan dahulu, keputusan di Labuan dilihat akan memberi sedikit sebanyak impact kepada keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sabah kelak.

*SEKIAN.*

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button