Nasional

Sinergi NTF, ATM, MKN dan Nadma bantu ‘frontliners’ di Sabah

PELBAGAI peralatan pelindungan peribadi (PPE) merangkumi pelitup dan pelindung muka serta cecair pembasmi kuman dihantar ke Sabah hari ini.

Penyerahan itu dibuat melalui Majlis Penyerahan PPE Operasi (Op) Benteng oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada National Task Force (NTF).

Penyerahan tersebut dilapor julung kali di buat di Cawangan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

PPE tersebut dimaklum akan diserahkan kepada para petugas barisan hadapan dalam Op Benteng di Sabah.

“Penyerahan ini merangkumi pelbagai jenis peralatan PPE seperti pelitup muka sebanyak 750,000 helai, cecair pembasmi kuman 500ml (8,000 botol) dan Pelindung Muka (8,000 keping).

“Majlis dimulakan dengan acara penyerahan simbolik peralatan PPE oleh Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hashim kepada Komander NTF, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah.”

Demikian kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas NTF yang dikeluarkan hari ini.

Penyerahan kelengkapan PPE itu turut disaksikan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd. Rabin Basir.

Tambah kenyataan itu lagi, kelengkapan PPE akan dihantar dengan menggunakan pesawat A400 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

“Peralatan PPE tersebut akan diagihkan kepada 12 agensi NTF yang sedang melaksanakan tugas Op Benteng di tigaa daerah tersebut.

“Proses pemunggahan, penghantaran dan penyimpanan peralatan PPE ini telah dilakukan pada 26 Nov bertempat di Stor Depot Sungai Buloh, Selangor dan Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama antara agensi ini adalah penting dan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan petugas barisan hadapan negara dapat terus menaburkan khidmat bakti mereka dalam menjaga kedaulatan tanahair.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Brigadier Jeneral Dr. Mohammed Haizar Haron, Komander Pangkalan Subang, Brigadier Jeneral Omar Dawami, serta pegawai dari NTF, ATM, MKN dan Nadma. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button