Politik

“Sibuk Mana Pun Kita, Jangan Belakangi Ilmuan Sekeliling Kita” – Halim Othman Kepol

Tidak ramai pemimpin politik hari ini mengangkat ilmuan dan juga ulama sebagai perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang terdekat dan juga masyarakat yang mengikuti perkembangannya.

Berbeza dengan calon Perikatan Nasional N.18 DUN Seri Medan, Halim Othman Kepol mengambil pendekatan yang berbeza sebagai mesej yang cukup penting buat masyarakat.

“Sesibuk mana pun kita jangan pernah sesekali membelakangi ilmuan yang berada di sekeliling kita. Mereka adalah nadi dan penyuluh dalam masyarakat.

“Tanpa mereka perjalanan ke akhirat akan menjadi gelap. Syukur hari ini saya dapat menziarahi Tuan Guru Imam Salam. Tokoh ilmuan yang disegani di sekitar Sri Medan,” tulisnya di Facebook.

Kongsi Halim, walaupun usia beliau sudah melepasi 80 tahun namun pemikiran dan fizikalnya masih lagi gagah.

“Alhamdulilah dapat juga kami berdiskusi ilmu dalam suasana yang sangat harmoni. Sempat juga beliau mendoakan saya dan team agar dibantu oleh Allah dalam mengharungi detik-detik mencabar ini.

“Semoga Allah akan sentiasa melimpahkan rahmat atas beliau. Juga diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus membimbing umat. #sayangulama #DemiIslam,” tulisnya.

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button