fbpx
BeritaNasional

Siapa akan suntik dana tampung keperluan Mara?

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada masalah Majlis Amanah Rakyat (Mara) hendak meningkatkan fokus terhadap pendidikan dan latihan, namun mempersoalkan mengapa sehingga perlu menghentikan kegiatan perniagaan dan pelaburan yang dijalankan.

Sehubungan itu, bekas menteri yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu mendesak supaya pihak berkepentingan memberi penjelasan terperinci.

Beliau turut membangkitkan persoalan siapa yang akan menyuntik dana bagi menampung keperluan dalam memperkasakan pendidikan dan latihan seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Untuk perkasakan pendidikan dan latihan itu pun perlukan dana. Takkan selepas ni Mara terpaksa harapkan Tabung Pendidikan Mara yang katanya akan ditubuhkan semata-mata (untuk tujuan itu)?

“Siapa pula akan suntik dana ke dalam tabung ni? Kerajaan ke?” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau hari ini.


Menurut Hishammuddin, dalam keadaan (ekonomi tidak menentu) sekarang, Mara perlu  memperbanyak dan memperkukuhkan lagi sumber kewangannya, bukan mengurangkan.

“Ke ada arahan dari pihak tertentu?” ujarnya.

Pengerusi Mara, Dr. Hasnita Hashim dilapor membayangkan bahawa agensi yang mengangkat martabat bumiputera itu tidak harus lagi terlibat dalam perniagaan dan pelaburan.

Hasrat tersebut dikatakan telah disampaikan kepada Dr. Mahathir menerusi sepucuk surat.

Alasan yang diberikan – Mara tidak sepatutnya melabur dalam perniagaan dan kerajaan tidak pernah memperuntukkan dana bagi tujuan itu.

Menurut beliau, Mara hanya menggunakan dana yang dikutip daripada pelajar dan pinjaman perniagaan untuk melabur dalam perniagaan dan perkara itu dilihat bukan dalam kecekapannya.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button