Politik

Shahidan akui jentera UMNO, BN terlalu ampuh

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui UMNO dan

Barisan Nasional (BN) mempunyai jentera parti yang baik dan menjadi antara punca utama BN menang di
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, jentera parti itu mampu ke hadapan untuk menang seperti mana yang
berlaku dalam tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua PRN termasuk kemenangan bergaya di Johor baru-baru
ini.

“Saya setuju kemenangan BN bukan semata-mata atas faktor calon semata-mata tetapi yang paling penting
adalah kekuatan jentera parti.

“Pada pandangan saya bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan nanti, adakah kita sudah cukup
bersedia?

“Untuk PRU-15 nanti, kita akan bertanding sendirian tidak dibantu oleh negeri-negeri angkat seperti mana
PRK dan PRN apabila semua jentera UMNO dan BN turun membantu.

“Sama ada PRU-15 diadakan cepat atau lambat, sewajarnya kita melihat dari aspek persediaan yang mencakupi
semua aspek,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia
(WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan, bagi menghadapi PRU-15 nanti, BN selain
bertanding solo, mereka juga tidak akan mendapat bantuan daripada negeri-negeri angkat seperti mana yang
berlaku dalam tujuh PRK dan dua PRN.

Sehubungan itu beliau menegaskan jentera BN perlu betul-betuk bersedia berdepan situasi tersebut.

Mengambil contoh PRU-14 di mana beliau menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,896 undi disebabkan
saingan tiga penjuru berlaku di situ.

“Soal bertanding berapa penjuru juga mempengaruhi peluang untuk menang, jika dua penjuru peluang untuk
menang adalah lebih cerah jika berlaku empat atau enam penjuru,” ujarnya.

Ditanya mengenai Muafakat Nasional (MN) di Perlis, Shahidan berkata, MN dinegeri itu tidak pernah
dibatalkan sejak Pas tidak lagi bersama BN dalam PRN di Melaka dan Johor.

Jelasnya, hubungan antara UMNO Perlis dan Pas negeri itu semakin hari semakin berjauhan dan hakikat itu
terpaksa diterima walaupun tiada siapa mahu membubarkannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button