SG4 bijak lantik Tun M jadi penasihat
KETUA Penerangan Parti Putra Malaysia, Shahrulufti Sharif menzahirkan reaksi baik, positif dan tidak bersangka buruk atau prejudis semata-mata kerana kepentingan politik atau menjadi penjilat dan pegampu.
Shahrulufti dalam kenyataannya hari ini berkata, apabila ada personaliti akedemik bercakap merapu, ia amat memalukan.
Kata Shahrulufti yang berkias tepat, Kucing lebih cerdik walaupun tidak bertaraf Profesor.
“Apabila Kerajaan Pas melantik Tun Dr Mahathir Mohamadf atau Tun M sebagai Penasihat SG4, riuh-rendah hentam Tun M. Tun M tidak meminta untuk dilantik sebagai “penasihat tidak rasmi SG4” dan Kerajaan SG4 yang melantik Tun M.
“Mesti ada sebab-sebabnya dan mudah sangat untuk faham kalau bukan otak kayu,” kata Shahrulufti tanpa berkias, tidak berlapik tetapi secara terus terang.
Beliau berkata, PUTRA berpendapat SG4 bijak mengambil kesempatan melantik Tun M sebagai penasihat sebab-sebab berikut:
- Tun M seorang tokoh negarawan yang sangat berpengalaman dan memiliki pengetahuan yang luas terutama dalam bidang teknologi, telekomunikasi dan berbagai lagi serta mempunyai hubungan dan kenalan dengan pemimpin-pemimpin antarabangsa termasuk peneraju-peneraju teknokrat terkemuka antarabangsa.Beliau mempunyai reputasi yang kukuh dalam sektor teknologi dan perhubungan antarabangsa.
Pengalaman Tun M dalam menjalin hubungan dengan pemimpin dan perniagaan di negara-negara seperti Jepun dan Korea dapat menjadi aset berharga untuk di manafaatkan oleh kerajaan SG4 yg lemah serba kekurangan. Mereka hanya pandai ceramah, jadi imam dan baca talkin.
Kata Shahrulufti lagi, memanfaatkan pengaruh Tun M untuk menarik pelabur ke Kedah, Kelantan, Terengganu & Perlis (S4).
Dalam kenyataannya yang sama, beliau turut melanggar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sibuk dengan politik sebagai pemimpin Bersatu dan Pengerusi PN.
“Pemimpin Kerajaan SG4 juga sentiasa bertemu dalam mesyuarat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY),” ujarnya
Shahrulufti mendakwa, Kerajaan Pusat Madani terutama PMX jelas bermusuh dengan pemimpin-pemimpin Pas.
“Laungan kononnya semua negeri dilayan sama rata sekadar nak tunjuk berjiwa besar tetapi hanya retorik sembang kari macam Do Re Mi,” kata Shahrulufti.
Katanya, Pas juga tidak akan melantik Tengku Razaleigh Hamzah kerana menuduh mereka pelacur politik.
“Manakala jauh sekali Tengku Razaleigh Hamzah yang masih menjadi ahli UMNO, sudi apabila memahami sikapnya pada pemimpin-pemimpin.
“Siapa lagi tokoh yang Pas boleh menafaatkan untuk membangunkan negeri SG4. Yang pandai bercakap ramai tetapi tong kosong,” kata Shahrulufti.
Beliau berkata, pilihan Tun M oleh Pas adalah langkah strategik dan dengan peranan ini, Tun M masih relevan dan makin popular.
“Gigit jarilah golongan anti Tun M. Politik Tun M belum tamat,” katanya. – SM
BACA Putra adalah alternatif, tolak gabungan mana-mana parti