fbpx
Sukan

Semangat kesukanan Justin pada Khabib

SEMANGAT kesukanan terpamer pada Justin Gaethje yang menentang Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov dalam perlawanan Seni Pertahanan Diri Campuran (MMA) malam tadi.

Pertandingan yang berlangsung pada awal pagi tadi (waktu Malaysia) menyaksikan Khabib mengumumkan persaraannya.

Namun satu situasi menyentuh hati apabila Justin yang kalah memeluk Khabib yang mengalir air mata selepas perlawanan itu tamat.

Seperti memahami Khabib, beliau memberikan kata-kata semangat kepada lawannya itu yang menamatkan episod kariernya dalam gelanggang di Abu Dhabi.

Sebelum situasi tersebut berlaku, Khabib diumumkan menang selepas Justin tidak sedarkan diri apabila menerima gerakan kunci tiga segi itu.


Bagaimanapun, sejurus selepas sedar, beliau melihat Khabib berhadapan dengan perasaan sedih dan terharu apabila memenangi pertandingan terakhir dalam kariernya.

Justin dilihat memahami keadaan Khabib yang pertama kali memasuki gelanggang selepas kematian bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Allahyarham Abdumanap, dilapor meninggal dunia selepas mendapat jangkitan Koronavirus (Covid-19) ketika berusia 57 tahun.

Bapa Khabib itu sangat signifikan dalam kariernya yang banyak mendidiknya menjadi petarung dengan perwatakan disegani dan dihormati ramai.

“Ini adalah pertempuran terakhir saya… dan mustahil saya berada di sini tanpa ayah,” kata Khabib.

Demikian kejutan dilakukan beliau sejurus mencampakkan sarung tangannya ke lantai dan mencapai mikrofon untuk mengumumkan persaraannya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button