Politik
Trending

Sebelum darurat, bincang dahulu dengan pembangkang

PELAKSANAAN Perintah Darurat pastinya akan memberi kesan kepada rakyat, oleh demikian kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang sebelum melaksanakannya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengenepikan sengketa politik dalam menangani krisis Koronavirus (Covid-19).

Jika itu alasan untuk laksana Perintah Darurat, kedua-dua pihak perlu sepakat mencari kaedah penyelesaian sebelum perintah tersebut menjadi pilihan.

Justeru, kerajaan terlebih dahulu perlu menunjukkan kebijaksanaan mereka sebelum melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan sebarang dasar.

“Tidak salah Ketua Dewan, iaitu Perdana Menteri, berunding dulu dengan Ketua Pembangkang untuk mencapai kebijaksanaan itu.

“Ketua Pembangkang wajib mengutamakan keredaan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan.”

Demikian kata bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian susulan Perintah Darurat bukan satu-satunya kaedah untuk mengatasi krisis yang dihadapi negara pada hari ini.

Katanya, langkah yang paling bijaksana adalah berpandu kepada perlembagaan dan undang-undang.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan akan bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan Muhyiddin di Pekan, Pahang pada Jumaat lalu.

Cadangan tersebut dilapor melibatkan Perintah Darurat dipercayai dicapai dalam Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan beliau di Putrajaya sebelum menghadap Agong.

Dalam pada itu, Shahrir menambah, soal persidangan dalam Dewan Rakyat termasuk pembentangan Belanjawan 2021, rundingan dengan pembangkan juga adalah perlu untuk memastikan kelulusan.

Cuma, pembangkang perlu berkompromi secara politik dengan menghentikan sebarang bentuk tindakan seperti perebutan kuasa demiki kepentingan rakyat.

“Keengganan Ketua Pembangkang untuk berkompromi secara politik agar adanya “gencatan politik” untuk meluluskan bajet pentadbiran serta mengatasi kesan buruk wabak Covid-19 terhadap kesihatan dan kehidupan rakyat.

“…baharulah, Perdana Menteri dan kerajaan terpaksa melibatkan kuasa Yang di-Petuan Agong.

“Perubahan kerajaan patut dilakukan melalui pilihanraya umum selepas wabak Covid-19 kembali reda,” jelasnya. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button