Sukan

Kalah kiraan mata, Jojo tetap jadi kebanggaan

Walaupun tewas buat kali pertama, menamatkan rentetan sembilan kemenangan berturut-turut di tangan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, ia merupakan satu pertembungan yang cukup menarik.

Sepanjang tiga pusingan tiga minit itu, Jojo tidak pernah mengundur, berusaha untuk mengasak lawan tanpa henti sebaliknya Nguyen mengambil pendekatan untuk melakukan serangan balas.

Tanpa henti mengajak lawan saling bertukar tumbukan serta tendangan, Jojo telah menampilkan perlawanan yang cukup menarik buat semua yang menyaksikan dirinya beraksi sebentar tadi.

Selepas tamat tiga pusingan, Jojo terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button