BeritaNasional

Scammer berleluasa kerana kuasa ghaib?

SEBENTAR tadi ada rakan Facebook mengadu dia diganggu orang tidak dikenali yang mahu menipu atau sering dirujuk sebagai scammer.

Si penipu ini bukan sahaja berani menefon mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis, bank atau mahkamah, malah jika modus operandi mereka disedari, mangsa pula akan menerima layanan kasar dan dimaki-hamun.

Baru-baru ini juga, akhbar Sinar Harian ada mengutarakan satu soalan besar, dari mana scammer  dapat nombor telefon kita?

Persoalan itu dibangkitkan seiring dengan tinjauan pembaca apabila 72 peratus berpendapat kelemahan perundangan Malaysia menyebabkan kegiatan Macau Scam melibatkan kewangan dilihat semakin rancak akhir-akhir ini.

Menerusi undian yang dijalankan menerusi laman Facebook itu,  sebanyak 28 peratus pembaca pula berpendapat kegiatan tersebut semakin berleluasa kerana kelemahan pihak perbankan.

‘Hebat’nya mereka sehingga hampir semua kita yang mempunyai telefon bimbit pernah menerima panggilan tidak diundang ini.

Seperti rakan tadi, kadang-kala sehari, kita akan menerima dua tiga panggilan daripada individu sama tetapi mendakwa mewakili pihak berbeza.

Seolah-olah tiada apa yang ditakuti kumpulan penyenayah ini. Mereka bebas membuat panggilan dan melakukan penipuan.

Lebih membimbangkan, kebelakangan ini juga, banyak mesej tidak bernama diterima mengajak kita berjudi dengan tawaran hadiah lumayan.

Di sebalik aduan dan persoalan ini, isu yang paling besar menjadi tanda-tanya ramai dalam kalangan kita adalah mengapa aktiviti kumpulan penipu ini sukar dibanteras oleh pihak polis.

Kebalkah mereka? Siapakah yang melindungi kumpulan ini? Mungkinkah ada ‘kuasa ghaib’ yang membenarkan kegiatan mereka berleluasa?

Agak menghairankan apabila pihak berkuasa gagal mengesan mereka sedangkan modus operandi diguna pakai, telah lama dikenal pasti!

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button