Pembaca

Yakinkah kita pada negara ‘pencuri data’

Surat pembaca

Pembinaan 5G di Malaysia oleh DNB sudah bermula berbulan lamanya. Pun begitu, masih lagi ada suara suara sumbang yang mempersoalkan keputusan DNB untuk mengambil Ericcson
sebagai pembangun 5G di Malaysia.

Masalahnya dan yang peliknya mereka meminta Malaysia untuk mengambil sebuah syarikat dari China sebagai pembangun 5G di Malaysia. Apa masalahnya dengan Ericcson?

Syarikat yang merupakan salah satu syarikat gergasi dari China. Apakah mereka tidak sedar bahawa China merupakan antara negara yang sangat selalu terlibat dalam jenayah pencurian data. Malah pencurian data ini bukan sahaja datang daripada penggodam, malah syarikat besar pun terlibat sama.

Sebab itu pepatah melayu ada mengatakan, mencegah lebih baik dari merawat kalau tak nak nasi menjadi bubur. Kalau kita boleh elak daripada jenayah penggodaman, lebih baik elak. Antara contoh isu pencurian data melibatkan China.

Tahukah anda pada Jun 2022, terdapat penggodam yang dikenali sebagai China dan berjaya menggodam hampir 1 billion data rakyatnya dari jabatan polis yang merangkumi nama, no ID, alamat, tempat tinggal serta nombor telefon. Penggodam dikatakan menjual data tersebut dengan harga 10 bitcoin (200 00 USD).

Sebelum ini pun, terdapat sahaja pencurian data rakyat Malaysia oleh syarikat siber di China. Dakwaan ini dikemukakan oleh Chris Balding, pengasas bersama syarikat tersebut. Syarikat yang bernama, Shenzhen Zenhua Data Information Technology Co telah mencuri jutaan data dan terdapat ribuan data milik orang Malaysia. Pun begitu, syarikat ini mendakwa itu semua data awam dan boleh sahaja dimiliki tanpa keizinan pemiliknya hanya kerana pemilik tersebut meletakkan data tersebut secara terbuka seperti di media sosial.

Menurut Bill Evanina, mantan Pengarah National Counterintelligence Amerika Syarikat, mendakwa China sedang giat mencuri data rakyat Amerika Syarikat (AS) sehingga ke tahap ingin mencuri data DNA rakyat mereka. Menurutnya lagi, sebenarnya hampir 80 peratus data rakyat Amerika Syarikat sudah dicuri China.

Terdapat syarikat telekomunikasi Hyetera telah bersekongkol dengan pekerja Motorola untuk mencuri data dan teknologi DMR. “Penggambilan” pekerja yang bermula dari 2007 hingga 2020 akan memberi gaji yang lebih tinggi kepada mereka yang terlibat dalam isu pencurian data.

Oleh itu, sejujurnya agak menjadi tanda tanya kenapa masih ada yang mempertahankan syarikat gergasi dari China itu, sedangkan syarikat dari China untuk membangunkan 5G di Malaysia.

Apatah lagi negara itu sendiri gagal melindungi data rakyat sendiri. Apakah kita mahukan syarikat dari negara yang rekod sebegini teruk? Sudah-sudah lah nak tegakkan benang yang basah. Kita sudah dapat yang terbaik, nikmat mana lagi hendak kita dustakan?

Azlan Ismail
Pemerhati pembangunan digital

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button