Mahkamah

‘Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia’

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin mahkamah negara ini akan memberi keadilan sewajarnya dan pada masa yang sama menggesa dipercepatkan prosiding perbicaraan kes 1MDB.
Menurut Muhyiddin Mahkamah di Amerika Syarikat semalam telah menjatuhi hukuman bersalah ke atas bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Breon Peace, Peguam Daerah Timur New York, Amerika Syarikat, dalam kenyataannya itu menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai suatu kejayaan kepada rakyat Malaysia.
Perbicaraan kes Roger Ng telah mendedahkan bukti-bukti mengenai penyelewangan 1MDB yang melibatkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan Malaysia pada ketika itu.
Bagaimana tidak amanahnya mereka menyeleweng berbilion ringgit wang 1MDB yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelaburan strategik dan melaksanakan projek pembangunan ekonomi negara.
Wang ini sebaliknya digunakan untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni.
“Saya telah menentang perbuatan jenayah mereka sejak dari awal dan akan terus berjuang menghalang kumpulan kleptokrat ini daripada kembali berkuasa.
“Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding. Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai,” katanya.
(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button