NasionalNegeri

Rakyat Perlis gembira Imigresen buka semula permohonan Pas Sempadan

AKHIRNYA orang ramai menarik nafas lega apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis membuka semula kaunter bagi permohonan dan pembaharuan Pas Sempadan Malaysia/Thailand.

Ia mula dibuka pada 25 Mac (Sabtu) serentak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar dan Bahagian Dokumentasi, Pos Imigresen Padang Besar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

Sebuah keluarga biasanya berkongsi satu Pas Sempadan yang dibolehkan semasa membuat permohonan di kaunter Imigresen.

Sejak notis pemberitahuan penutupan sementara permohonan Pas Sempadan pada 1 Februari lalu menimbulkan keresahan orang ramai.

Satu-satunya peluang yang mereka ada untuk membuat Pas Sempadan hanya dibuka di Durian Burung, Kedah tetapi masih dianggap sebagai tidak berbaloi kerana jarak yang agak jauh.

Sekalipun masih boleh membuat Passport Antarabangsa tetapi rata-rata beranggapan ia masih mahal kerana kos bagi membuat Pas Sempadan hanya RM10 yang berkuatkuasa setahun dan boleh disertakan dengan anak-anak.

Sementara itu Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Taib berkata, pada hari pertama dibuka sebanyak 76 permohonan Pas Sempadan di UTC Kangar telah diterima.

“Sementara di ICQS Padang Besar pula sebanyak 29 permohonan telah diterima,” katanya.

Tinjauan Wartawan SUARA MERDEKA ke UTC Kangar juga mendapati orang ramai sudah mula berurusan di kaunter Imigresen sebaik sahaja mula dibuka pada pukul 8.30 pagi.

Rata-rata terpaksa menunggu lebih kurang dua jam sebelum Pas Sempadan masing-masing siap diproses.

Salah seorang yang ditemui, Nor Rinda Ramli, 39 dari Bintong berkata, dia datang sejak hari pertama kaunter dibuka pada 25 Mac.

Sekalipun sampai pada pukul 11 pagi tetapi beliau digalakkan oleh petugas supaya datang keesokan harinya memandangkan ramai yang membuat permohonan masih lagi menunggu.

“Jadi saya datang hari ini sebaik kaunter dibuka bagi memastikan boleh membuat Pas Sempadan kerana semua dokumen perlu sudah lengkap,” katanya.

Beliau puas hati kerana akhirnya memiliki Pas Sempadan bersama anak-anaknya sekalipun terpaksa menunggu lebih kurang dua jam.

Katanya, setakat ini beliau membuat Pas Sempadan dahulu kerana belum merancang tarikh untuk melancong ke Thailand.

Pada 7 Februari lalu, RAKYAT Perlis yang mahu memohon Pas Sempadan untuk ke Thailand dinasihatkan bersabar kerana kaunter untuk urusan ini di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar dan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar ditutup buat sementara waktu.

Notis pemberitahuan penutupan sementara permohonan Pas Sempadan telah dimaklumkan JIM Perlis di UTC Kangar dan ICQS Padang Besar sejak 1 Februari lalu.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Taib yang menyifatkan ia cuma bersifat sementara dan keadaan dipulihkan secepat mungkin.

BACA PAUTAN LINK ARTIKEL Permohonan Pas Sempadan di UTC Kangar, ICQS Padang Besar ditutup buat sementara

BACA 66 individu termasuk penjawat awam dan remaja bawah umur di tahan di pusat hiburan.

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button