Nasional

FBK UPSI laksana pelbagai aktiviti imarah ramadhan

FAKULTI Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan pelbagai program sempena kehadiran bulan Ramadan.

Justeru, bertempat di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah(KSAJS) Khamis lalu, kakitangan dan mahasiswa di bawah FBK menghadiri Majlis Pelancaran Program Ahlan Ya Ramadan bagi memeriahkan bulan Ramadan.
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang juga Penasihat Program, Profesor Madya Dr. Saipolbarin Ramli, berkata ini adalah kali pertama pelbagai program dirancang bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang turut membabitkan persatuan pelajar di bawah fakulti.

Hadi (depan tengah) bersama warga FBK sebelum melancarkan majlis dan menyampaikan ceramah.

Program ini juga, katanya, dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab (PBA), Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), Persatuan Persuratan Melayu (PPM) dan English Language Society (ELS).

Beliau berkata ia seiring dengan visi dan misi yang ditetapkan oleh UPSI, sekali gus memberi impak bukan sahaja kepada pelajar malah kepada universiti sendiri dalam membentuk pelajar yang aktif dan mempunyai sifat kolaboratif yang tinggi.

Antara tetamu yang hadir majlis pelancaran program Ahlan Ya Ramadan.

Hadir sama Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; Dr. Zuraini Ramli; Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Dr. Wan Mazlini Othman; Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Moden, Dr. Taj Rijal Muhamad Romli; Ketua Jabatan Komunikasi dan Media, Dr. Sarina Yusup; Penyelaras Pusat Kemahiran Bahasa, Dr. Kamaruzzaman Abdul Manan; Penyelaras Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa, Dr. Farah Natchiar Mohd Khaja Hameed Maricar serta Penyelaras Program Ahlan Ya Ramadan, Dr Amir Mohd Amir Mohd Zahari.

Program bermula dengan Majlis Pelancaran yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Perak), Haji Abdul Hadi Khadir.
Majlis pelancaran itu, akan diikuti Majlis Nuzul Al-Quran serta pelbagai program yang akan berlangsung sepanjang bulan April.

Persembahan nasyid oleh ahli Persatuan Persuratan Melayu.

Selepas pelancaran, Haji Abdul Hadi menyampaikan ceramah yang pengisiannya tentang panduan bagaimana untuk menghidupkan Ramadan selain persembahan nasyid oleh Persatuan Persuratan Melayu (PPM).

Hadi melancarkan program Ahlan Ya Ramadan.

Sementara itu Pengarah Program Induk, Mohamad Nabil Hanis Reduan berkata sepanjang bulan Ramadan akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti Majlis Iftar, Masak dan Agihan bubur lambuk, Kempen, Pertandingan, Coretan Ramadhan, Bantuan Untuk Pelajar B40 & Anak Yatim, Boutique Amal Preloved Ramadan serta Jom Sahur.

“Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan serta dikurniakan satu malam istimewa yang dipanggil Malam Lailatul Qadr,” kataya.

Pengarah Program Induk, Mohamad Nabil Hanis Reduan

Pada kesempatan ini, katanya, FBK mengambil peluang untuk menjalankan program-program seperti ini bagi mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain disamping menjalankan ibadah berpuasa sepanjang bulan ini. -SM

BACA JUGA : RESQ Team UPSI komited bantu mangsa banjir di Johor

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button