AgamaNasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis, anakanda-anakanda ucap Selamat Berpuasa kepada muslimin

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menzahirkan ucapan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan mendoakan semoga ibadah puasa masing-masing pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan sihat sejahtera, beristiqamah serta lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pada petang semalam.

Majlis tersebut adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Terdahulu daripada itu diadakan sesi Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilalb yang disampaikan oleh JUPEM Perlis.

Raja Muda turut berkenan melancarkan buku terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis yang ditaja oleh MAIPs berjudul Panduan Halaqah Al-Quran tulisan Dr. Ismail Lutfi Fathoni di majlis tersebut.

Setelah matahari terbenam ketika waktu Maghrib dilaksanakan Rukyah Hilal hinggalah Hilal Terbenam dan diadakan sesi
Menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal 1444H/2023M Negeri Perlis disusuli solat Maghrib berjamaah.

Selepas itu Tazkirah Maghrib disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs, Ustaz Mohd Rizal Azizan disusuli dengan solat isyak dan solat tarawih. – SM

BACA Dipukul dan diugut bunuh hanya kerana berpuasa

BACA Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 22 Mac

BACA MAIPs peruntuk hampir RM49 juta untuk sumbangan ramadan

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button