Nasional

Raja Muda Perlis ajak remaja sertai Rejimen Askar Wataniah

GOLONGAN remaja di negeri Perlis diajak menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai anggota sukarela dan sukarelawati dan seterusnya sebagai kerjaya.

Memasuki Askar Wataniah tidak semestinya anggota berkenaan akan kekal berkhidmat sebagai askar simpanan semata-mata. Bagi yang layak dan menepati syarat, mereka juga berpeluang untuk diserap ke angkatan tetap dan dalam tempoh kerahan selama 3 tahun dengan menghadiri kursus kerjaya untuk melayakkan mereka diserap ke angkatan tetap Tentera Darat Malaysia.

Selain memperolehi sumber kewangan tambahan semasa menjadi anggota sukarela, keistimewaan lain yang sama seperti anggota tetap Angkatan Tentera juga akan diberikan seperti Skim Perlindungan Insuran Individu dengan kadar terendah di Malaysia dan hak penerimaan dan penggunaan peralatan dan logistik tentera.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pegawai serta anggota lain-lain pangkat tetap dan juga sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah hari ini.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen berkenaan yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri, Padang Besar turut menerangkan bahawa dengan menyertai Angkatan Wataniah secara tidak langsung ia akan membantu dari segi pembentukan sahsiah serta disiplin seseorang menerusi sesi latihan yang dilaksanakan.

Pada kesempatan yang sama baginda turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga agensi-agensi lain yang bertugas di barisan hadapan di sempadan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjaga termasuklah Polis DiRaja Malaysia, Markas Ke 30 Briged Infantri, 4 Rejimen Renjer DiRaja Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Perlis, Bahagian Pentadbiran Daerah SUK, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Perkhidmatan Kuarintin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Perlis, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM). – SM

(Visited 810 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button