fbpx
Berita

Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardhu – Harussani

MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa umat Islam di negara ini membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fadhu untuk mendoakan umat Islam Uighur di China yang ditindas.

Menurutnya, umat Islam digesa berdoa memohon agar umat Islam di Uighur diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.

“Marilah bersama-sama kita membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu memohon agar saudara kita di sana diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.

“Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dan membalas kekejaman pihak musuh,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak hari ini.

Menurut Harussani, dunia telah mengetahui kekejaman kerajaan China terhadap etnik Uighur dan penduduk Islam lain di rantau Xinjing yang tular dalam media.


Beliau berkata, malah banyak negara secara rasmi telah mengecam tindakan zalim tersebut seperti Turki dan Britain namun terdapat juga negara-negara yang menyokong dasar China itu.

“Sebagai umat Islam, kita mesti mengambil perhatian serius tentang perkara ini dan bersepakat menolak menolak kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Uighur dan penduduk Islam di China.

“Kita turut merasai kesengsaraan saudara Muslim di sana dan mengecam keras tindakan kejam terhadap mereka dan bukannya berpihak kepada musuh,” katanya. – Perak Gazette

Show More

Related Articles

Back to top button