Ekonomi

Quantum Metal dan MTPN beri pendedahan tentang pelaburan kewangan

Program Kesedaran pelaburan telah diadakan oleh sebuah syarikat Quantum Metal Malaysia  di Pulau Pinang bagi meningkatkan ilmu pelaburan dan pengurusan kewangan kepada generasi muda dengan lebih terbuka dalam menguruskan kewangan.

Quantum Metal Malaysia  dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) turut bekerjasama menjayakan sebuah seminar sebuah seminar pendidikan transformatif yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman individu tentang dunia kewangan.

Antara peserta yang terlibat dalam program ini

Objektif utama dalam program ini memberi Kesedaran Pelabur ini direka dengan matlamat untuk memperkasakan individu dengan pengetahuan dan platform yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin.

Seminar ini disesuaikan untuk mengenal pasti tahap perjalanan kewangan peserta dalam melihat kini landskap kewangan yang berubah dengan pantas, masyarakat perlu mempunyai pemahaman yang lebih kukuh tentang prinsip pelaburan pada masa kini.

Sama ada peserta seorang pelabur yang berpengalaman atau baru mula meneroka dunia kewangan.
Peserta akan dibimbing oleh pakar dalam bidang pelaburan dan kewangan untuk pemahaman konsep yang kompleks dan memberikan pandangan praktikal.

Daripada memahami pilihan pelaburan yang berbeza kepada menguasai strategi pengurusan risiko.
Dalam pada itu, MTPN juga telah menjemput Perbadanan Pembangunan Perdagangan (MATRADE), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Badan Pensijilan Keselamatan Siber Antarabangsa (ICSCB) untuk berkongsi pengetahuan pelaburan yang telus serta pelbagai kesedaran mengenai penipuan dan keselamatan siber.

Turut hadir bersama pihak CCID dan ICSCB turut berkongsi mengenai pelbagai cara penipuan digital.
Menurut Presiden MTPN, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo, program ini menyedarkan masyarakat tentang pelaburan kewangan serta pentingnya kemajuan teknologi dalam melindungi data peribadi dan kewangan pengguna.

“Serangan siber telah menjadi lebih canggih, menyasarkan individu, perniagaan, dan juga kerajaan sekali gus kebocoran maklumat data kewangan lebih mudah berlaku.

“Bagi menjaga privasi, ilmu berkenaan celik kewangan juga satu aspek penting yang perlu dipandang serius dan komited dalam usaha kolektif memperkukuh pertahanan digital kita dan memastikan kita boleh menerima manfaat era digital dengan yakin dan selamat” katanya.

Pengasas Quantum Metal Malaysia, Dato’ Lim Khong Soon

Pengasas Quantum Metal Malaysia, Dato’ Lim Khong Soon menjelaskan pelaburan tidak dikhaskan untuk orang kaya atau mereka yang bijak kewangan sahaja, namun terbuka kepada semua peringkat pendapatan tetapi dengan ilmu pelaburan dan kewangan yang tepat.

“Menjadi kewajipan kolektif kita untuk menyebarkan pengetahuan tentang pilihan pelaburan berbeza yang ada, risiko berkaitannya dan potensi pulangan.

“Kesedaran pelabur bukan sekadar satu pilihan, tetapi satu keperluan. Melalui pendidikan, kebolehcapaian dan ketelusan mampu memperkasakan individu untuk mengawal masa depan kewangan mereka” tambahnya lagi.

Tuan Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE dalam program itu turut berkongsi tips bagaimana untuk membangunkan perniagaan eksport dengan peserta ahli Quantum Metal.

Selain itu, Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Pulau Pinang, Tuan Jegan Subramanian memberi pendedahan tentang malumat pelabur dan pembentagan topik Memperkasa Pengguna Melalui Pelaburan.

Turut sama, Tuan Chew Keen Fai, Presiden International Cyber Security Certified Body turut menggalakkan keselamatan siber di tahap yang kukuh bagi melindungi setiap akses data peribadi dan pekerjaan.

Beliau juga mengingatkan para pelabur tentang tanggungjawab setiap pihak samada individu mahupun organisasi dalam mencipta lingkungan digital yang aman.

Tuan ASP Devan A/L Raman dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada masa ini mengingatkan orang awam agar tidak mudah tertipu dengan skim pelaburan yang tidak wujud dan tanpa lesen yang semakin berleluasa.

Tuan ASP Devan A/L Raman dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)

“Kita perlulah sentiasa cakna dan proaktif mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang tips dan langkah pencegahan untuk memerangi jenayah scam. Jangan panik dan bertenang apabila menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali” katanya.

Dalam program tersebut, seramai 19 orang ejen Quantm Metal menerima penghargaan kecemerlangan atas usaha yang dicapai.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button