Nasionalpilihan

Putrajaya Steps, tarikan baharu di Putrajaya untuk aktiviti riadah, rekreasi

SATU lagi tarikan pelancongan baharu di Putrajaya yang dinamakan sebagai Putrajaya Steps sudah semakin siap dan boleh dikunjungi tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan berkata, lokasi tumpuan terbaharu itu boleh dijadikan sebagai lokasi rekreasi dan riadah.
“Sudah tentu selepas SOP dilonggarkan ramai akan mencari lokasi-lokasi untuk rekreasi,riadah dan sebagainya. Tidak lama lagi anda boleh menjadikan Putrajaya Steps salah satu lokasi untuk dikunjungi.
“Hari ini saya singgah melihat perkembangan terkini Putrajaya Steps yang saya ilhamkan seperti yang wujud di negara-negara lain.
“Alhamdulillah kini sudah 80% siap dan bakal menjadi satu tarikan baru di Putrajaya yang menghubungkan Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana,” katanya.
Terdahulu, Annuar sewaktu menjawat jawatan Menteri Wilayah mahu menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar rekreasi pertama di negara ini, selain sebagai pusat pentadbiran negara.
Malah, langkah itu akan memberi nilai tambah dan komersial kepada Putrajaya, sekali gus menjadi lokasi tarikan pelancongan dan menjana pendapatan ekonomi setempat.
“Jadi segala-galanya sudah ada, kita ada tempat yang cantik, landskap yang cantik, tasik yang cantik dan bangunan-bangunan dari seni bina yang cantik. Tetapi kita perlu (perancangan) bagaimana semua ini dapat dipakejkan supaya ia menjadi satu tarikan yang bertaraf nasional dan antarabangsa.
“Apabila hujung minggu seperti ini kita tengok sunyi dan sepi sahaja. Kita mahu apabila hujung minggu orang sekitar Putrajaya atau tempat lain akan datang. Jadi, ia mungkin perlu ada elemen tertentu seperti penganjuran program,” katanya sebelum ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button