Hiburan

Punca tak jadi cerai kerana Syamsul minta untuk Puteri Sarah tarik balik kes keluarga Kazar

Pengarah Mat Kilau Syamsul Yusuf masih enggan melepaskan isteri pertamanya Puteri Sarah, berita ini sangat mengejutkan kerana pada sebelum ini Syamsul sudah setuju untuk melepaskan isterinya secara baik.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah berkata usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik sekali lagi tidak berjaya.

Ira Kazar nikah di Thailand bersama Syamsul Yusuf
Ira Kazar nikah di Thailand bersama Syamsul Yusuf

Malah sebelum ini mereka telah berbincang mengenai terma-terma perceraian, namun mereka tidak mencapai persetujuan.

“Anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP),” katanya.

Bagi pihak Syamsul pula memohon untuk Puteri Sarah menarik balik kes saman terhadap keluarga Kazar dan minta untuk kurangkan jumlah nafkah sebanyak 30 peratus.

Namun Puteri Sarah tidak bersetuju, dia juga nekad untuk meneruskan perjuangannya selama ini walaupun mengambil masa yang lama.

“Tempoh hari, kami dah cakap kata persetujuan untuk mudahkan proses hari ini, tapi ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju antaranya mereka meminta saya menarik balik kes saman yang saya failkan terhadap keluarga Ira Kazar.

“Syaratnya, kalau saya nak dilepaskan, saya kena tarik kes itu dan saya takkan tarik. Kedua, dia minta diskaun untuk tuntutan nafkah anak. Anak-anak bukan untuk di-diskaunkan!” katanya.

Dalam masa yang sama dia kini berjuang habis-habisan untuk anak-anaknya walaupun ia akan mengambil masa yang panjang.

“Harta sepencarian pun saya tak minta. Jangan takut. Saya banyak minta untuk anak-anak. Tapi, kalau itu pun nak diskaun, kemudian suruh tarik balik kes saman terhadap Ira Kazar, itu sudah berlebihan.

“Saya akan berjuang demi anak-anak. Saya dah tak berjuang untuk diri sendiri lagi. Kalau untuk anak-anak pun nak minta diskaun, jadi jawapannya tidak. Saya akan berjuang tak kiralah berapa puluh tahun pun,” katanya.

ARTIKLE BERKAITAN ;>

Syamsul Yusuf akhirnya setuju ceraikan Puteri Sarah

Syamsul Yusuf enggan ceraikan Puteri Sarah

(Visited 797 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button